Thursday 29 March 2012

CHOCOLATE FOUNTAIN

wooooowwwww!!!! apakah Chocolate Fountain???
apakah yer? heehhehe...
 Chocolate Fountain dikenali sebagai pancuran coklat.
Asalnya Chocolate fountain ini cukup dikenali dinegara Barat ,dengan aliran coklat bagaikan pancutan air yang mengalir membuatkan sesiapa sahaja yg terpandang akan teruja dengan keunikan chocolate fountain ini.
CHOCOLATE FOUNTAIN selalu disajikan dengan buahan-buahan segar seperti strawberry,anggur,kiwi,epal,pisang dan mcm2 lagi.Tambahan lagi kanak-kanak kecil pasti tidak melepaskan peluang untuk mencuba aliran coklat ini dengan candy seperti Marshmallow & biskut jejari....
-
-
-
 yang menariknya kebiasaan Chocolate Fountain ini kita jumpa dekat wedding, party birthday, events and banyaklah kan.. but apa yang paling best meeting bulan ni ada benda alah ni... OMG, semua gegirl kat office very excited.. time meeting semua dah tak boleh fokus.. huhuhhu...
   orang yang paling excited.. huhuhu.. sampai comot baju die.. makan tak berenti...



 
Inilah dia Chocolate Fountain_akhirnya!!!!

Human Resource Team_comey2 belake!!! semua dah berpunya tau... hehehe




antara makanan lain, tapi tak pandang pun yang lain.. hehehhe... 

p/s:: tq so much to Big Boss!! for next time i wan more strawberry please.. rasa nak pinjam buat balik
Chocolate Fountain ni... alahai gemuklah tiap-tiap bulan macam ni erk.. hehehe


Sunday 25 March 2012

Selamat Pengantin Baru Kak Tihah

Assalamualaikum all.. 
Tetibe tersangat rajin hari ni tangan ni nak menaip, maybe kesunyian.. 
huhhuhhu apa2 jek la kan..
Hari ini korang semua buat apa yer?? Mesti banyak kenduri kahwinkan hari ni, kite berkesempatan mewakili my mum untuk hadir ke majlis bertandang my cousin dekat Klang... So semua adik beradik kite yang bekerja kat area Lembah Klang berkumpul untuk ke majlis bertandang ni..

credit from google
Sebelum bertolak ke rumah pihak lelaki, semua kaum kerabatku berkumpul di Masjid Shah Alam.. Actually first time kite melangkah masuk masjid ni, jakunkan??? hehehe.. Tersangat besar dan cantik, subhanallah.. memang cantik..

  Tema perkahwinan warna gold and brown, so sweet.
Selamat pengantin baru...Semoga gembira melayari hidup berumahtangga..

nampak yang pakai baju merah2.. nampak? ok sampai-sampai jek pihak perempuan, ada bacaan doa.. sangat menarik sebab doa yang dibacakan sangat bermakna dan pembukaan majlis yang kite rasa menyentuh hati.. terdetik dihati nanti insyaallah majlisku nak buat macam nilah.. hahahah.. beranganlah ko shahidah!!! hahhahaha


 picture kat atas barisan VVIP dari pihak perempuan.. 
yang gambar 4 orang tu dari kiri, cikngah + ayah ngah + husband my cousin _Sufian + Kak tihah

amtara menu yang terhidang "garang betul adik2, scary giler kiter tengok.... adik, jangan perasan yek akak nak amik gambar makanan.. hahahha"

 cedok jangan tak cedok.. semangat ye kakak lapar erk?

alah macam makcik2 jek rase pakai tudung kuning.. janggal giler rasanya, but makan tetap makan ok.. 

_kak dilah + anaknya_

pokdi pun ada.. kebetulan my adik ni datang rawang umah moklong so berkesempatan datang kenduri ni...

tu dia cucu abang long jumpe coklat terus tak nak makan nasi.. 

moklong & cikngoh.. amik picture ni time cikngoh makan, tapi tak pelah moklong dy nak buat kenangan katanya.. kite tolong amik jek..

my sis yang sulong and anak bongsu nye

cantikkan kek ni.. simple but nice...

beraya abg cameraman ni amik gambarkan.. senget2 kepala.. tak pelah ko senget dapat duit aku senget tak dapat apa..dapat penat jek lah...

sufian + tihah + ayah ngah

dah macam tangga bertingkat kite tengok.. huhuhu
dari kiri (me + sufian + tihah + moklong & wafa)

with my untie yang paling rapat kot... memang sempoi, duk kat rumah dah fikir jawapan nak bagi sebab dah agak soalan yang dia nak tanya... huhuuh.. "awak ni bile lagi duk tengok orang jek kahwin?" hahhahaa... agak-agak korang apa yang kitakan jawab erk... RAHSIA

me with pengantin... "amik berkat yer kaktihah"... i feel shy!!! huhuhu.. segan lor sebab berdiri sebelah orang cantik.. sedihhh kite tak cantik.. hehehhe

banyakkan kite dapat door gift.. sampai 2 sorang buat balik tau.. terima kasih untuk tuan rumah.. memang best...

 cantikkan bekas yang tuan rumah ni bagi.. sangat dan tersangat menarik hati kite.. cantik sangat... 
dalam dia ada cookies/tisu/coklat.. cookies yang sangat sedap.. tq

p/s: kali ni entry kite penuh dengan gambarkan? heee.. gambar-gambar yang kita letak ni khas untuk tatapan my mum and dad yang tak dapat datang.. &&&& untuk pasangan kaktihah dan ang sufian semoaga Allah memberkati kalian berdua dan menghimpun dalam kebaikan'.. amin

Saturday 24 March 2012

Kuala Terengganu ke Gua Musang


 Pernah dengar tentang Laluan Atas Tasik?
mesti korang jarang dengarkan.. jom baca my entry kali ni... 

Alkisahnya hujung minggu lepas kami adik beradik berpakat balik ke kampung. So semua balik kecuali dua orang tak dapat balik sebab atas urusan pengajian.. Kami balik dari Kuala Lumpur pada hari khamis dan bertolak dari kampung pada hari ahad, tapi apa yang menarik hati untuk kite tulis entry kali ini pasal jalan shortcut yang kami lalu nak balik ke Kuala Lumpur...

So pada rakyat jelata terenggganu khususnya yang duduk area tasik kenyir ataupun Setiu kena tahu jalan ni sebab baoleh jimatkan Kos pembelanjaan dan masa... Macammana?????
Hah!! nilah yang ingin kita share kat korang ni...

Kami bertolak pada pukul 300 petang menggunakan jalan Laluan Atas tasik nilah..  
Tasik kenyir ok!!
-
-
Tasik Kenyir yang merupakan sebuah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dengan 340 buah pulau. Pada tahun 2004, Kerajaan menyiapkan sebuah lebuhraya yang menghubungi Kuala Berang dengan Gua Musang. Bagi keselamatan pengguna, lebuhraya itu belum lagi diwartakan. 


 Perjalanan sejauh 128 km dari persimpangan Pengkalan Gawi, Terengganu ke Felda Aring, Kelantan menjanjikan pemandangan yang indah. Korang boleh melihat kebiruan air tasik sehingga kehijauan pelbagai spesis pokok tumbuhan yang terpapar disepanjang lebuhraya.




 


Perjalanan melalui lebuhraya ini hanya mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Gua Musang berbanding 5 jam melalui Besut cukup menjimat masa. Disepanjang lebuhraya ini, korang boleh melihat air terjun yang kecil, tempat memancing, burung yang berterbangan secara berkumpulan, Santuari Gajah dan sebagainya.
Kami sempat singgah ke Santuari Gajah, sangat menarik boleh bagi gajah makan dan bergambar dengan gajah berani dengan tak berani jek nak pegang... 

Di sungai ini terdapat chalet terapung untuk anda bermalam dan menyedup udara yang sejuk dan nyaman. Sungai ini mempunyai pelbagai spesis ikan seperti kelah dan tioman.

Disepanjang lebuhraya ini, korang akan merentasi berbagai anak sungai yang mengalir ke tasik ini. Ada sungai besar dan ada sungai kecil yang kaya dengan flora dan fauna. Terdapat orkid liar yang pelbagai warna hidup dibatang pokok balak yang sudah mati.

Nikmatilah keindahan lebuhraya yang menerima jolokan Laluan Atas Tasik.

p/s: Ingatan kita buat pengguna jalan raya yang ingin melalui jalan ini terutama lewat petang agar berhati-hati dan tidak memandu terlalu laju. Laluan ini juga masih tidak mempunyai liputan rangkaian telefon dan jalan ini juga masih termasuk dalam jalan yang belum diwartakan oleh pihak kerajaan.

Friday 23 March 2012

Selamat Pengantin Baru Pn. Nor Rahida


_selamat pengantin baru kite ucapkan kepada my cousin ni_
...sweetkan..

Hujung minggu lepas kite balik kampung, terengganu.. actually semua adik beradik berkumpul kecuali 2 orang tak dapat balik.. Moklong and pokmin, sebab masing-masing ade kelas, kesiankan.. So padan muka kite ucapankan hhuhuhuhu.. Kebetulan kitaorang balik masa kenduri Pn. Ida inilah, so pergi kenduri beramai2.. Jom tengok picture yang kite sempat amik, tapi tak ada sangat picture weeding diorang sebab time kite sampai pihak lelaki tak datang lagi.. so layan just kenangan::

cantiknye dy berpurdah.. bila agaknya giliranku.. hahhahahaha.. beranganlah.. "ambil berkat"..

qaisara + iman + mok lang + su wa
qaisara pantang tengok orang amik gambar cepat jek menyelit and posing,
tengok iman hilang habis baju kepanasan yang melampau,
moklang and su wa iklan colcate erk?? comey

 cikdah + kakak sikah (anak dara moklong)
kesian kakak muka orang tak de mak and duduk dengan maktiri.. hehehe..

_cikdah with isya_
gambar kami ofcozlah kena adakan


Thursday 22 March 2012

Baraka Allahu Lakuma..

♡...Doa Buat Pengantin...♡

Sesuatu kejadian atau peristiwa samada baik atau buruk hendaklah di susuli dengan doa.Semoga dengan itu mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. juga sebagai salah satu tanda kesyukuran atas kurniaan ilahi.Musibah di tempuhi dengan kesabaran dan ketenangan sebagai suatu ujian menguji keimanan.Mudah-mudahan di situ suatu kifarah buat penghapus dosa yang dilakukan.

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

' Tuhan memberkati bagi anda dan memberkati kalian berdua dan menghimpun dalam kebaikan'

Doa ini ditujukan kepada 2 mempelai yang baru sah di ijabkabulkan menjadi sepasang suami isteri.Anda boleh saksikan dalam filem Ketika Cinta Bertasbih 1 menyaksikan Azam bersalaman dengan Furqan di iringi doa pada majlis perkahwinan Furqan dan Anna Athofunnisa'.Siapa belum menonton filem ini di harap sudi menontonnya..Banyak pengajaran yang boleh di ambil..Terutama kepada yang mahu bercinta dan menemui jodoh atas landasan ilahi.


Jom kita layan lagu ini yang di nyanyikan oleh Maher Zain..Di tujukan buat sahabat-sahabat dan teman-teman yang selamat bergelar suami mahupun isteri.Doakan semoga diri ini bakal menempuh alam perkahwinan jua bagi menurut tuntutan islam sebagaimana Rasullullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Wahai golongan pemuda sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu hendaklah ia berkahwin kerana ianya boleh menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mempunyai kemampuan hendaklah ia berpuasa kerana puasa memjadi pelindung kepadanya”.
[HR Al-Bukhari]

Sabda Rasullullah s.aw. lagi :

“Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi”.
[HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]


Wednesday 21 March 2012

Terukir di Bintang

✰★✰✰★✰
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

I love this song very much..
 I wish you happy, love… =)

Tuesday 13 March 2012

BIRTHDAY ♥❤ Pop Up Card


_cantikkan Birthday Pop up Card ni_
entry kali ini kita nak share macammana nak create card yang cute ini:

Alat peralatan ASAS yang diperlukan:
2 helai kertas Bersaiz A4
Gam
Pisau & Gunting

Langkah 1:
Print picture kat atas. Terpulang besar mana yang korang nak buat card, kite just print saiz A4 pun dah ok.Kemudian, korang nampak tak line merah dan hitam tu:
Hitam : Potong guna pisau
Merah :  yang merah untuk dilipat

Langkah 2:
so korang akan dapat hasil macam ni..

Langkah 3:
kemudian lekatkan kertas yang telah dilipat tadi diatas sekeping kertas.
*pastikan kertas tebal ok, sebab lagi sesuai dan cantik untuk dibuat card.

Langkah terakhir:
Gunakan kretiviti anda untuk menampakkan card lebih cantik.. 
*kite hanya gunakan front yang dibuat sendiri sebab tak de printer kat rumah dan nak cepat..
so korang nak lebih cantik bolehlah print cupcake/love and so on untuk cantikkan kat card anda ok.
 _Done!!!_

Selamat Mencuba