Showing posts with label Best. Show all posts
Showing posts with label Best. Show all posts

Tuesday, 14 August 2012

Sehari Bersama My hero

assalamualaikum..

How's your weekend friends?
Mesti banyak giler agenda korangkan. 
Minggu-minggu terakhir sebelum menjelang hari raya tentunya semua orang sibuk dengan persiapan...
 So enjoy your weekend!!!

Ok berbalik pada title entry kali ini, memang tak planing lansung pun nak hangout dengan my hero... Eh tweet sape my hero my hero yang malang keluar dengan sya ni.. Title pun nak kasi gempakkan.... 
-
-
-

Inilah dia my hero... huhuhuu semua orang tertipu!!!
Pada mulanya sya dah planing minggu ni nak duduk rumah jek buat kuih raya memandangkan next week dah nak raya... tapi dapat berita dari akak yang my hero si sinchan tak sihat rindukan makcik dia katanya. kesian sinchan susah hati cikdah dibuatnya... So hari jumaat sya terus ke PJ rumah sinchan, ya allah sampai-sampai jek tengok sinchan terkulai layu demam dengan tak mandi seharian..Pujuk punye pujuk mandi jugak sebelum tidur..menade sinchan ni....

Semalam actually planing nak ke SOGO sorang-sorang diri... nak beli something.. tapi tengah-tengah bersiap si sinchan dengan muka yang kononnye sihat nak mengikut.. adui apa nak buat sayang lebih dari segala.. yang kelakarnya siap tanya papa dan mama boleh keluar ke tak... Adui confused mak nok semalam sakit bile nak keluar sihat terus.. 

Seawal 1030am sya sudah sampai dekat SOGO, bukan main ingatkan tak der orang.. Mak ai ramai giler manusia yang datang, penuh atas tangga SOGO. Dari manalah datang manusia yang ramai tu.. Confused!!!
Parking pun full terpaksa sya parking dekat bangunan CIMB sebelah SOGO.. Actually first time parking dekat situ RM3.00/hrs, ok jugaklah dah tak payah jalan jauh2 cuma melintas jalan jek. 

Suasana sekitar SOGO, ramai giler manusia dah macam ulat sya tengok.. Sya dengan bawak Si Sinchan dah confirmlah tak masuk kat area situ.. Tak sanggup... Sampai jek SOGO terus ke tempat yang nak dituju.. So beli dah tak payah fikir sebab last week dah belek...
Selesai jek beli barang sya naik kejap dekat area pakaian kanak-kanak..Hajatnya nak hadiahkan something untuk Sinchan dan adiknya. Ya allah kat situ lagi ramai manusia.. Dengan mak ayah duk sibuk melayan kerenah anak-anak pening sya tengok..

Tak sempat sejam si sinchan dah penat dan nampak keletihan.. Adui kesian giler sya tengok, jumpe jek kerusi terus duduk tanpa disuruh tapi mujurlah dia tak menangis... 

Tapi sempat jugak sya menyambar belt ni untuk si sinchan dan adiknya... Nak beli kena beli dua nanti karang ada yang berebut..

Hampir sejam jugak sya dekat Sogo, memang tidak dinafikan banyak giler sale.. Naik pening tengok sale dan manusia yang macam lalat... Tapi awas ok, korang jangan ikutkan sangat hawa nafsu nanti badan yang binasa..  Dah selesai beli barang sya sempat jugak masuk jalan tar kejap sebab nak cari tudung untuk raya. Tak sedar diri tu mana nak dukung si sinchan lintas jalan, mana nak bawak barang... huhuhuhu... praktis-praktis tapi bawak budak ni bagus jugak tak der la yang nak kacaukan...

Masya-Allah ramai giler manusia, tak paham betul mana datangnye. Suasana area Jalan Tar sangat dasyat masing-masing tak nak kalah.. Sya sempat beli tudung, keronsang dan makanan jek untuk si sinchan then terus balik.

Tengok muka si sinchan sya ini dah kepenatan, kesian dia. Masuk kereta terus lembik dan tidur sampailah dekat rumah... So untuk korang semua nak shopping ke hape pun buatlah preparation awal takder lah nak bersesak dengan orang ramai.

p/s:  Tup..tap..tup ...tap tinggal lagi beberapa hari aje umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Oklah to my friends semua, berhati2 balik kampung nanti. Kalau penat ke mengantuk ke stop dulu lepas tu jalan balik...Drive be carefull.. 

Wednesday, 13 June 2012

GSC Cinema FREE Screening Coupon


16-20 June 2012
GSC Cinema FREE Screening Coupon
In conjunction with their opening, GSC gives you … Free movie screenings.
*T&C applies
Location
Paradigm Mall
Info
Coupon printed out (Without any alterations done to it) will be considered original.
Both Black & White and in colour are acceptable.
As per the terms & conditions state, redemption of movie tickets should be on the same day as the movie screening date.
No prior reservation is allowed.

Wednesday, 11 April 2012

Petua Kulit Licin

Kulit Licin?????
ok entry kali ini, kite nak share macammana nak dapatkan kulit yang licin,gebu dan yang paling penting adalah cara nak hilangkan daki yang melekat dekat tubuh kita..
At list kita boleh berjimatkan... dan memang terbukti keberkesanan bila korang guna betul-betul.
Insyaallah..
*
*
*
Bahan utama nak buat scrub ni adalah beras, ok sebelum kita share dengan korang camne nak buat jom kite share serba sedikit pasal beras ni ok:::

Ada tiga jenis beras yang biasa kita guna untuk buat skrub badan.
Beras biasa > menanggalkan daki dan melicinkan kulit
Beras pulut > memutihkan kulit dan mengurangkan parut di badan.
-Beras pulut hitam > nutrisi pada kulit kita dan juga mengurangkan parut

Semuanya mempunyai khasiat masing-masing dan boleh dicampur sekali tiga. Kalau nak guna satu-satu pun boleh, effective jugak.Pendek kata, ketiga-ketiga beras ni mempunyai function yang hampir sama,
tapi setiap beras ada dia punya khasiat extra.

Scrub Beras

 Bahan-bahan yang kita guna:
Beras biasa
Pucuk Pegaga

1) Rendam beras semalaman untuk dapatkan beras yang lembut..
2) Tumbuk/blend beras dan pucuk pegaga sehingga halus.. 

Oh ye, lupa nak cakap.
Campurkan skrub beras dengan susu segar, belilah yang Goodday tu ke,
mix sesedap rasa tengok nak cair ke pekat ikutlah hati korang.
Lepas tu teruslah scrub bersungguh-sungguh,
stay kejap kat badan dalam 2 min ke 3 min ke,
lepas tu bilas.


Menarikkan!
Kite memang suka Spa ni, tapi kalau gi Spa scrub aje
dorang dah caj RM25-RM50 !
Padahal boleh je kita scrub sendiri kat rumah, free lagi!
Murah dan berkesan gitu!

Amalkan 2 kali seminggu pun dah cukup,
paling kurang sekali seminggu.

Rajinlah mencuba, memang memerlukan kerajinan!

Thursday, 5 April 2012

Kekasih yang tak dianggap


aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

selalu itu yg kau ucapkan padaku

reff:
sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah

aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

repeat reff

sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah


p/s: cinta kadang tidak seindah yang disangkakan... tetibe kite teringat lagu ini, zaman study dulu since 3 years ago, kite sangat suka dengar lagu ni.. bila dihayati kata-kata yang dilafazkan memang cukup menikam jiwa.. so layan... 

Thursday, 29 March 2012

CHOCOLATE FOUNTAIN

wooooowwwww!!!! apakah Chocolate Fountain???
apakah yer? heehhehe...
 Chocolate Fountain dikenali sebagai pancuran coklat.
Asalnya Chocolate fountain ini cukup dikenali dinegara Barat ,dengan aliran coklat bagaikan pancutan air yang mengalir membuatkan sesiapa sahaja yg terpandang akan teruja dengan keunikan chocolate fountain ini.
CHOCOLATE FOUNTAIN selalu disajikan dengan buahan-buahan segar seperti strawberry,anggur,kiwi,epal,pisang dan mcm2 lagi.Tambahan lagi kanak-kanak kecil pasti tidak melepaskan peluang untuk mencuba aliran coklat ini dengan candy seperti Marshmallow & biskut jejari....
-
-
-
 yang menariknya kebiasaan Chocolate Fountain ini kita jumpa dekat wedding, party birthday, events and banyaklah kan.. but apa yang paling best meeting bulan ni ada benda alah ni... OMG, semua gegirl kat office very excited.. time meeting semua dah tak boleh fokus.. huhuhhu...
   orang yang paling excited.. huhuhu.. sampai comot baju die.. makan tak berenti...



 
Inilah dia Chocolate Fountain_akhirnya!!!!

Human Resource Team_comey2 belake!!! semua dah berpunya tau... hehehe




antara makanan lain, tapi tak pandang pun yang lain.. hehehhe... 

p/s:: tq so much to Big Boss!! for next time i wan more strawberry please.. rasa nak pinjam buat balik
Chocolate Fountain ni... alahai gemuklah tiap-tiap bulan macam ni erk.. hehehe


Saturday, 24 March 2012

Kuala Terengganu ke Gua Musang


 Pernah dengar tentang Laluan Atas Tasik?
mesti korang jarang dengarkan.. jom baca my entry kali ni... 

Alkisahnya hujung minggu lepas kami adik beradik berpakat balik ke kampung. So semua balik kecuali dua orang tak dapat balik sebab atas urusan pengajian.. Kami balik dari Kuala Lumpur pada hari khamis dan bertolak dari kampung pada hari ahad, tapi apa yang menarik hati untuk kite tulis entry kali ini pasal jalan shortcut yang kami lalu nak balik ke Kuala Lumpur...

So pada rakyat jelata terenggganu khususnya yang duduk area tasik kenyir ataupun Setiu kena tahu jalan ni sebab baoleh jimatkan Kos pembelanjaan dan masa... Macammana?????
Hah!! nilah yang ingin kita share kat korang ni...

Kami bertolak pada pukul 300 petang menggunakan jalan Laluan Atas tasik nilah..  
Tasik kenyir ok!!
-
-
Tasik Kenyir yang merupakan sebuah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dengan 340 buah pulau. Pada tahun 2004, Kerajaan menyiapkan sebuah lebuhraya yang menghubungi Kuala Berang dengan Gua Musang. Bagi keselamatan pengguna, lebuhraya itu belum lagi diwartakan. 


 Perjalanan sejauh 128 km dari persimpangan Pengkalan Gawi, Terengganu ke Felda Aring, Kelantan menjanjikan pemandangan yang indah. Korang boleh melihat kebiruan air tasik sehingga kehijauan pelbagai spesis pokok tumbuhan yang terpapar disepanjang lebuhraya.




 


Perjalanan melalui lebuhraya ini hanya mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Gua Musang berbanding 5 jam melalui Besut cukup menjimat masa. Disepanjang lebuhraya ini, korang boleh melihat air terjun yang kecil, tempat memancing, burung yang berterbangan secara berkumpulan, Santuari Gajah dan sebagainya.
Kami sempat singgah ke Santuari Gajah, sangat menarik boleh bagi gajah makan dan bergambar dengan gajah berani dengan tak berani jek nak pegang... 

Di sungai ini terdapat chalet terapung untuk anda bermalam dan menyedup udara yang sejuk dan nyaman. Sungai ini mempunyai pelbagai spesis ikan seperti kelah dan tioman.

Disepanjang lebuhraya ini, korang akan merentasi berbagai anak sungai yang mengalir ke tasik ini. Ada sungai besar dan ada sungai kecil yang kaya dengan flora dan fauna. Terdapat orkid liar yang pelbagai warna hidup dibatang pokok balak yang sudah mati.

Nikmatilah keindahan lebuhraya yang menerima jolokan Laluan Atas Tasik.

p/s: Ingatan kita buat pengguna jalan raya yang ingin melalui jalan ini terutama lewat petang agar berhati-hati dan tidak memandu terlalu laju. Laluan ini juga masih tidak mempunyai liputan rangkaian telefon dan jalan ini juga masih termasuk dalam jalan yang belum diwartakan oleh pihak kerajaan.

Wednesday, 21 March 2012

Terukir di Bintang

✰★✰✰★✰
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

I love this song very much..
 I wish you happy, love… =)

Tuesday, 28 February 2012

Space u8 ShahAlam

Location : Space u8 Mall
6, Persiaran Pasak Bumi,  
Taman Bukit Jelutong, Seksyen u8, 
40150 Shah Alam, SELANGOR
03-5033-4818
More Info : Click Here

 *credit from GOOGLE

Rasanya kebanyakan orang-orang area Shah Alam confirm dah tahukan kewujudan shopping mall baru ni kan..But apa yang membuatkan kite nak tulis entry kali ini, sebab dekat space u8 decoration die amatlah menarik hati... alau korang tak pecaya jom kite tunjuk kat korang:::


 besarkan ... hehehehe tapi tulahhh nothing ... kosong ... empty ... 
hemm maybe masih baru kot ... so banyak lagi kedai kedai kosong ... 
tapi oklahhh atleast ada benda ni ... hahahah

 tetibe ada gambar kaki.. cube teka kita nak pergi mana???? jeng jeng...
actually kiteorang datang 7.45pm so mencari surau dekat area space u8 ni, usha pun usha terjumpe lah jugak...melangkah jek masuk surau ni, subhanallah cantik sungguh surau ni..
rasa nak tidur jek...


besarkan surau ni.. sangat selesa dan telekung tersusun rapi atas rak yang disediakan... sangat selesa
zoom + (air yang turun ni sangat cantik dan tenang)
batu-batu yang menghiasi bilik ambil wuduk ni cantik and yang paling penting sangat bersih... kite suke..heee
 huyoooo!!! korang tengok tak cermin die besar giler... nampak jerawat batu kat muka.. puas menilik tau..


cantikkan surau die... hampir dekat 1jam jugak actually lepak kat surau ni.. 
rasa tenang jek tambah2 time tu tak de orang sangat... so if korang nak rasa suasana ada air kat dalam surau boleh la datang ke Space u8 Mall ni ok...



 MBO ... wallawehhh ... finally Shah Alam dah ada pawagam ...so dah alang alang kitorang tak tau nak buat apa ... so layan movie lahhh ... dan yang best condition kat sini more better dari bukit raja ... selesa ... tapi tak tau lahh maybe tempat baru lagi kan .. tunggu setahun dua lagi .

oh lupa ... ni citer yang kitorang layan ...
 review sikit pasal movie ni::
mula-mula en.5zal bagitahu nak tengok movie ini, kite sedikit rase risau takut cerita tak sekelakar yang sebelum ini... tapi bile dah tengok memang 1 panggung dok tergelak dengan kerenah pelakon-pelakon yang memang kelakar.. so bagi korang yang tak tengok lagi cepat pergi tengok ok... 
so far ok untuk release tension... 
"papa mama sweet giler panggil camni, sampai kite terbawak2.. huhuhu.. kelakar betul"

_xoxo_
 

Friday, 17 February 2012

Tasha Manshahar

Assamualaikum...

Lama giler menyepi tetibe rasa rajin jari jemari ini nak menari atas keyboard ni kan.. huhuhhu...
Entry kite arini pasal budak si "Tasha Manshahar" ni.. sapa dy ni erk...
cantik sangat even without makeup ok... kite berkenan gile baju yang dia pakai ni.. cantikkan!! huhhuhu

 Kite pun tak tahu sejak bila dia ni muncul... Tetibe jek kite jumpa dy dekat YOUTUBE....
loading....
loading....
loading....
aduh tetibe terberkenan dengan suara dia... Suara yang adoreable! So jom layannnnn.....

 Tasha Manshahar & Syed Shamim - Mr. Saxobeat (Cover)
_i'm repeating this song more than 100 times OMG!!!
Banyak lagi actually lagu yang Tasha Manshahar ni nyanyi:
‘Be Mine’, ‘Hati Ini’, ‘Put The Blame On Me’

_xoxo_