Wednesday, 15 August 2012

Homemade Kuih Raya 2012

Assalamualaikum dear sisters!!!

I am so free now. Don't have any project on hand...
huhuh.. happy mood :)
-
-
-
Ok untuk raya tahun ini misi untuk buat kuih raya sudah selesai, alhamdulillah. 
And here's the list:

1. Semperit
2. Biskut Badam
3. Almond London
4. Cornflakes Madu
5. Chocolate chips cookies inspired by Famous Amos recipe
6. Kek Mix Fruits Kukus *yang tak berape nak jadi* heeeheheh

p/s: untuk review resepi tunggu entry seterusnya ok.. huhuhu.. kakak-kakak makcik-makcik rajinkan jari jemari anda untuk buat kuih raya ok.. raya setahun sekali.. huhuhu..




Tuesday, 14 August 2012

Sehari Bersama My hero

assalamualaikum..

How's your weekend friends?
Mesti banyak giler agenda korangkan. 
Minggu-minggu terakhir sebelum menjelang hari raya tentunya semua orang sibuk dengan persiapan...
 So enjoy your weekend!!!

Ok berbalik pada title entry kali ini, memang tak planing lansung pun nak hangout dengan my hero... Eh tweet sape my hero my hero yang malang keluar dengan sya ni.. Title pun nak kasi gempakkan.... 
-
-
-

Inilah dia my hero... huhuhuu semua orang tertipu!!!
Pada mulanya sya dah planing minggu ni nak duduk rumah jek buat kuih raya memandangkan next week dah nak raya... tapi dapat berita dari akak yang my hero si sinchan tak sihat rindukan makcik dia katanya. kesian sinchan susah hati cikdah dibuatnya... So hari jumaat sya terus ke PJ rumah sinchan, ya allah sampai-sampai jek tengok sinchan terkulai layu demam dengan tak mandi seharian..Pujuk punye pujuk mandi jugak sebelum tidur..menade sinchan ni....

Semalam actually planing nak ke SOGO sorang-sorang diri... nak beli something.. tapi tengah-tengah bersiap si sinchan dengan muka yang kononnye sihat nak mengikut.. adui apa nak buat sayang lebih dari segala.. yang kelakarnya siap tanya papa dan mama boleh keluar ke tak... Adui confused mak nok semalam sakit bile nak keluar sihat terus.. 

Seawal 1030am sya sudah sampai dekat SOGO, bukan main ingatkan tak der orang.. Mak ai ramai giler manusia yang datang, penuh atas tangga SOGO. Dari manalah datang manusia yang ramai tu.. Confused!!!
Parking pun full terpaksa sya parking dekat bangunan CIMB sebelah SOGO.. Actually first time parking dekat situ RM3.00/hrs, ok jugaklah dah tak payah jalan jauh2 cuma melintas jalan jek. 

Suasana sekitar SOGO, ramai giler manusia dah macam ulat sya tengok.. Sya dengan bawak Si Sinchan dah confirmlah tak masuk kat area situ.. Tak sanggup... Sampai jek SOGO terus ke tempat yang nak dituju.. So beli dah tak payah fikir sebab last week dah belek...
Selesai jek beli barang sya naik kejap dekat area pakaian kanak-kanak..Hajatnya nak hadiahkan something untuk Sinchan dan adiknya. Ya allah kat situ lagi ramai manusia.. Dengan mak ayah duk sibuk melayan kerenah anak-anak pening sya tengok..

Tak sempat sejam si sinchan dah penat dan nampak keletihan.. Adui kesian giler sya tengok, jumpe jek kerusi terus duduk tanpa disuruh tapi mujurlah dia tak menangis... 

Tapi sempat jugak sya menyambar belt ni untuk si sinchan dan adiknya... Nak beli kena beli dua nanti karang ada yang berebut..

Hampir sejam jugak sya dekat Sogo, memang tidak dinafikan banyak giler sale.. Naik pening tengok sale dan manusia yang macam lalat... Tapi awas ok, korang jangan ikutkan sangat hawa nafsu nanti badan yang binasa..  Dah selesai beli barang sya sempat jugak masuk jalan tar kejap sebab nak cari tudung untuk raya. Tak sedar diri tu mana nak dukung si sinchan lintas jalan, mana nak bawak barang... huhuhuhu... praktis-praktis tapi bawak budak ni bagus jugak tak der la yang nak kacaukan...

Masya-Allah ramai giler manusia, tak paham betul mana datangnye. Suasana area Jalan Tar sangat dasyat masing-masing tak nak kalah.. Sya sempat beli tudung, keronsang dan makanan jek untuk si sinchan then terus balik.

Tengok muka si sinchan sya ini dah kepenatan, kesian dia. Masuk kereta terus lembik dan tidur sampailah dekat rumah... So untuk korang semua nak shopping ke hape pun buatlah preparation awal takder lah nak bersesak dengan orang ramai.

p/s:  Tup..tap..tup ...tap tinggal lagi beberapa hari aje umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Oklah to my friends semua, berhati2 balik kampung nanti. Kalau penat ke mengantuk ke stop dulu lepas tu jalan balik...Drive be carefull.. 

Friday, 10 August 2012

at Last ♡Setelah Sekian Lama Menyepi♡

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
huhuhu *bikin panas jek salam tu kan*

Anyway agak lama menyepi dari penulisan blogger....tak pasti nak mulakan dari mana. Apa pun, kesempatan ini sya mengucapkan syukur kepada ALLAH S.W.T diatas rezeki serta limpah kurnianya....Hampir 3 bulan menyepi tanpa bicara terutama mengenai personal life...

Kesibukan kerja yang melampau, masalah hati, masalah rumahtangga, masalah kesihatan and segala masalah lah... huhuhu.. banyok benor masalahnye... telah membuatkan sya agak sibuk...namun kini, semuanya sudah selesai dan Alhamdulillah kehidupan berjalan lancar.....

Kalau diikutkan hampir 3 bulan sya menyepikan, sebenarnya sejak bulan april haritu terlampau banyak giler kerja sampai tak sempat nak beronline... meh sya cite abendalah yang duk cakap busy busy and busy tu yek.. Ok start bulan april sya dibagi satu task yang mana kena keluar site tiap-tiap hari.. Ya allah masa itu kita rasa azab kepenatan dia allah jeklah yang tahu... Korang mesti pelikkan kerja apa yang sya maksudkan tu.. huhuhu.. meh nak share dengan korang ok..
Project yang sya kena buat tu lebih kurang upgrade system 3G dari slow ke speed yang lebih laju.. Bahasa paling mudah untuk semua orang paham ok..huuhu...apa yang sya maksudkan azab tu, sebab terlampau penat mana taknye dengan panas, hujan, panjat memanjat, drive lagi dan yang paling merisaukan sya time tu adalah SUNBURN... Jenuh sya sental dengan masker bile balik site tau.. hahhaha

Cube korang tengok picture dekat atas tu, mana tak hitam gue kalau dah buat kerja sama tinggi dengan KLCC.. Boleh rentung dekat atas tu tau.... Time tu habis segala krim sya beli SPF mana paling tinggi... takutnye hitamkan... hahahha.. Actually dulu masa mula-mula kerja lagi dasyat kot tapi dah lama kerja tetibe jadi manja.. hahha... galok meksya ni!!!
Korek punya korek dekat hard disk terjumpe picture dua orang engineer tersengeh and komited giler tengah buat kerja.. Ayat tak leh bla...hahhaha.. Korang nampak tak yang pakai tudung color hitam tu, tu namanya Cika.. Cika ini merangkap officemate/housemate yang ditugaskan untuk jalankan project ni jugak.. So sama-sama rentung and mengadu nasib, boleh katakan tiap-tiap hari berduka and belek muka masing-masing... kelakar betul bile ingat balik... hahahahha... Ok project ni tak silap sya habis akhir bulan 5 and tak sempat lagi habis dah dapat 1 task lain... Yang ni lagi dasyat penangan die, sampai nak pengsan lah..

Nak dijadikan cerita, project yang baru ini sangat menduga mental even tak kena panas terik and beraircond 24hrs. Mana taknya seminggu start project ni kami kerja 22hrs sehari tau... Pergi kerja pukul 730am dan balik 430am, korang bayangkan masa tu Allah jek tahu kepenatan.... Mata masing-masing rabak nak siapkan report and drawing.. sedih betul...Makan tak sempat, rehat tak cukup, family, boyfriends? lagilah terabai terus.... tapi ada hikmah semua tu... Kerja itu satu IBADAH so berkerjalah selagi berdaya tapi solat jangan pernah sekali pun kita lupakan ok...Hampir 2 bulan jugak kehidupan kitaorang busy teramat and yang paling best akhir bulan July project dah complete and success dengan jayanya... and yang paling penting hasil kerja yang kami buat customer puas hatikan...

Inilah dia antara orang terpenting dalam memastikan sya tak give up ok dan paling penting orang kuat kat office... Dyorang ini sangat berdedikasi tau, sya pun kadang penat tak jadi nak penat tengok diaorang kerja.. eh eh apa yang aku melalut ni.. hahhaha... whatever yang penting cik cikanot and cik azimah ini memang engineer yang paling hebat diabad ini... hahahha... alau diaorang baca ni aku tak tahu lah terkoyak gak seluar ni... anyway tq u all: )

p/s: Thanks you for making us strong Ya Allah.. Alhamdulillah....
and pesanan yang selalu sya dengar dari big Boss apa pun yang kita buat kena IKHLAS. Ikhlaskan hati kita kerana Allah bila kita nak buat sesuatu. Insya-Allah, apa yang kita buat semuanya berjalan dengan lancar...

Amin and Assalamualaikum..

Wednesday, 13 June 2012

GSC Cinema FREE Screening Coupon


16-20 June 2012
GSC Cinema FREE Screening Coupon
In conjunction with their opening, GSC gives you … Free movie screenings.
*T&C applies
Location
Paradigm Mall
Info
Coupon printed out (Without any alterations done to it) will be considered original.
Both Black & White and in colour are acceptable.
As per the terms & conditions state, redemption of movie tickets should be on the same day as the movie screening date.
No prior reservation is allowed.

Monday, 23 April 2012

Laksam

Assalamualaikum all...

Kali ni kite nak share resepi Laksam kat korang... Sebenarnya kite tak pandai pun buat laksam ni, tapi disebabkan suka yang terlampau akan laksam ni kita kena belajar dan cuba sampai pandai...huhuhu.. Dulu masa duduk dengan ma malas nak belajar sekarang dah besar panjang baru terhengeh-hengeh nak belajar sedirikan.. "membebel dekat diri sendiri ok!!"

Laksam
-
-
Ada ker orang tak tahu apa itu Laksam? Pelik jek kan kalau tak tahu, ermm kalau orang pantai timur tak tahu jugak memang kite berani potong jari lah..
Laksam merupakan sejenis masakan daripada negeri Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah.Ok lah jom kita share dekat korang cara nak buat ok:::

Bahan-bahan  & cara ( 2-3 orang ) 
Laksam
3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam
 
Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis adunan
*Jangan kukus terlalu lama nati jadi keras dan susah nak gulung..

Bahan kuah
5 ekor ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
Sdkt halia
4 biji bwg merah
Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula
 Kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

Sambal
cili merah
belacan
garam
limau
cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

Bahan ulam
timun batang, kobis, bunga kantam dan segala ulam yang korang suka (dihiris halus)

Done!!!
*mudah dan sangat simplekan... so lepas ni dah tak payah susah-susah nak pergi cari kat kedai ok... baru puas hati masak sendiri ok, boleh makan banyak mana yang korang nak...

_selamat mencuba_
xoxo

 

Sanah Helwah Mohd Nawi

_480422_
Itulah dia tarikh keramat kelahiran my dad.. 
So sekarang ni umur abah dah 64 tahun, masyaallah dah tua rupanya ayahku.. 
Terasa diri ni teruk semalam kite dah set timing untuk wish tapi entah apa yang difikirkan sampai terlupa.. terukkan!!! dush shahidah derhaka kamu!!!hhaha
Nak dijadikan cerita petang tadi kita tidur dipetang hari tapi sebelum tidur tu berangan dan fikir apalah yang tak kena hari ni, hari apa yer? sampai termimpi-mimpi... huhuhu... tahu tak apa yang kiter mimipikan? Mimpi muka my dad dan masa tu ngah salam ngan abah dan nangis.. entah apa lah kite cakap gaknye terus tersedar.... 
-
-
-
 Inilah dia my dad vs "aboh".. Mohd Nawi
Now  dah 64 tahun!!!
..nampak muda dan gagah perkasa lagi ok..

Aboh:::: selamat hari jadi yang ke 64 tahun... terima kasih kerana melahirkan diri ini dan membesarkan 13 orang anak-anakmu yang lain tanpa sedikit kekurangan.. Terima kasih abah tanpa  usaha didikan dan tunjuk ajar selama usia kita 24tahun 4 bulan ini kite takkan sampai ke tahap ini... luv u so much... semoga dipanjangkan umur dan sentiasa diberkati oleh Nya...


Wednesday, 11 April 2012

Petua Kulit Licin

Kulit Licin?????
ok entry kali ini, kite nak share macammana nak dapatkan kulit yang licin,gebu dan yang paling penting adalah cara nak hilangkan daki yang melekat dekat tubuh kita..
At list kita boleh berjimatkan... dan memang terbukti keberkesanan bila korang guna betul-betul.
Insyaallah..
*
*
*
Bahan utama nak buat scrub ni adalah beras, ok sebelum kita share dengan korang camne nak buat jom kite share serba sedikit pasal beras ni ok:::

Ada tiga jenis beras yang biasa kita guna untuk buat skrub badan.
Beras biasa > menanggalkan daki dan melicinkan kulit
Beras pulut > memutihkan kulit dan mengurangkan parut di badan.
-Beras pulut hitam > nutrisi pada kulit kita dan juga mengurangkan parut

Semuanya mempunyai khasiat masing-masing dan boleh dicampur sekali tiga. Kalau nak guna satu-satu pun boleh, effective jugak.Pendek kata, ketiga-ketiga beras ni mempunyai function yang hampir sama,
tapi setiap beras ada dia punya khasiat extra.

Scrub Beras

 Bahan-bahan yang kita guna:
Beras biasa
Pucuk Pegaga

1) Rendam beras semalaman untuk dapatkan beras yang lembut..
2) Tumbuk/blend beras dan pucuk pegaga sehingga halus.. 

Oh ye, lupa nak cakap.
Campurkan skrub beras dengan susu segar, belilah yang Goodday tu ke,
mix sesedap rasa tengok nak cair ke pekat ikutlah hati korang.
Lepas tu teruslah scrub bersungguh-sungguh,
stay kejap kat badan dalam 2 min ke 3 min ke,
lepas tu bilas.


Menarikkan!
Kite memang suka Spa ni, tapi kalau gi Spa scrub aje
dorang dah caj RM25-RM50 !
Padahal boleh je kita scrub sendiri kat rumah, free lagi!
Murah dan berkesan gitu!

Amalkan 2 kali seminggu pun dah cukup,
paling kurang sekali seminggu.

Rajinlah mencuba, memang memerlukan kerajinan!