Friday, 13 January 2012

Petua Demam dan Sejukkan Badan (Khasiat Asam Jawa)

Assalamualaikum all...
Agak lama rasanya kita menyepi... hope kalian sihat disamping orang tercinta dan yang tersayang.. Maklumlah sekarang musim demam.... Al-kisahnya hujung minggu lepas, akak sulong kite masuk wad sebab demam suspect darah rendah... Satu family mengelabah termasuklah my mum sanggup datang jauh-jauh nak jaga anak dy.. After keluar jek wad, badan still panas lagi .. So arini kita nak share dengan korang tips yang mujarab tuk sejukkan badan (Petua my mum):

 Fakta: Asam Jawa Dikenali sebagai Tamarindus indica dan nama inggerisnya pula pula ialah tamarind.

Bagaimana nak sejukkan badan:
Ambil secukupnya asam jawa (yang ada dijual dikedai) dan digaul bersama kelapa parut kemudian disapu keseluruh tubuh insyaallah demam panas yang tinggi itu akan reda dan membaik..
**kalau kelapa parut takde pun boleh...
 >lapkan banyak kali ok.. kena rajin lah kalau nak sembuh... 
>jangan lupa sertakan selawat semasa lap ok..

Antara kasiat asam jawa yang lain: 
SAKIT PERUT
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

SAKIT ASMA
Bagi yang sakit asma pula anda rebuslah dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian di ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.

BATUK/PERIT TEKAK
Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampukan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.

LUKA/BISUL
Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.

ALERGI/BIDUREN
Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.

BENGKAK DISENGAT LIPAN ATAU LEBAH
Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.

Maklumat di atas hanyalah untuk rawatan alternatif / sementara sahaja.

Jika keadaan masih tidak reda juga, anda adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 4 January 2012

♥ Kuala Lumpur Bird Park ♥

Assalamualaikum all :)
01012012..
Hari pertama untuk tahun 2012, rrrr tahun yang menakutkan bagi kita. Bila kebosanan melanda diri agaknya apa korang buat yer? Dating, shopping, beriadah, bersama keluarga tercinta, duduk rumah and whatever la kan…So kita pun ajak la en.5zal keluar kebetulan dia free and sebelum balik ker Eastern kan. Masa yang ada harus dimanfaatkan seelok-eloknya… huhuhuh.. Sebenarnya en.5zal ajak tengok wayang tapi kita lebih suka buat perkara yang luar dari biasa, sebab tengok wayang bagi kita sesuatu perkara yang biasa untuk dilakukan… So ajak la en.5zal pergi tenangkan fikiran ke Taman Burung “Kuala Lumpur Bird Park”..

Details:  Click Here
Location: 920 Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia (03-2272 1010)
Driving directions from Taman Bukit Pelangi,Bt 3 Shah Alam to KL Bird Park

Sebenarnya kita tak pernah lagi jejak kaki dekat Taman Burung ini, pernah lalu tapi tak pernah singgah… Kesiankan…huhuh. Kitorang sampai dalam pukul 4 macam tu and masuk  2 jam.. right before dia nak tutup for the day.. KL bird park ni bukak pukul 9AM sampai 6PM ye .. so tak payah beriya nak pergi pagi-pagi la rasenye kot.. haha sebab kitorang ni kalau cuti memang takkan la nak keluar pagi-pagi unless memang dah plan.. ni kate pun unplanned kan... Tapi bagi yang nak pergi ke Bird Park ni waktu tengahari @ pagi-pagi  tak payah risau langsung pasal cuaca panas.. sebabnye.. pokok yang besar-besar banyak sangat so redup je cuaca dalam tu.. memang tak kena matahari sangatla dek terlindung dengan pokok besar..Memang sesuai untuk sesiapa yang nak bawak anak-anak kecik tengok keindahan alam and nak tengok burung..Bukan burung je ade.. memacam la ade..So macam biasa step pertama kenalah beli tiket ok.

Kaunter Tiket >> Sila beratur!!!

Adult: RM40++                  Child: RM32
                  ****PEMEGANG MYkad
Adult: RM20                       Child: RM10
~for 3 years old ke bawah adalah PERCUMA

Yahoo!!!
Akhirnya kite dapat tiket…Nak share sikit selain tiket ini kita jugak dapat kupon discount untuk ke Zoo Negara & Aquaria, tapi RM5 jek la discountnye..atlist ade dari tak ada kan…


Korang nampak tak tag yang colour hijau2… Benda alah ini kena pakai masa nak masuk..
Kira pelepasan untuk masuk ke dalam Bird Park tulah…


Pintu pagar masuk!! Muka en.5zal yang tak berapa nak excited.. huhuhhu

An Illustration Guide of KL Bird Park

Daily Activities :::: 
Kat board ni daily aktiviti yang pihak KL Bird Park jalankan.. kira yang menariklah

Antara burung-burung yang sempat kita snap:
 Actually banyak lagi gambar burung tapi takut orang yang tengok lak naik jemu..huhuhuhu.. 
So kita letak jek la yang ni OK.. nak tengok real and banyak kena pergilah....

 
 nasihat kita untuk korang yang nak pergi kat Bird Park ni please yer korang bawak air dari rumah.. sebab air kat sini memang la mahal.. mengcekik darah tengok harga dia.. so prepare siap-siap ok nak2 yang bawak anak2... boleh berjimatkan...

cantikkan view kat atas ni..Tak payah nak pergi jauh-jauh semate-mate nak enjoy scenary yang cantik menghijau nih.. So korang jangan lepaskan peluang...

 picture last sebelum keluar:::: terpaksa snap picture sama sendiri sebab tak de orang sudi nak tolong amikkan..kesian but i like this picture

Sebelum balik kitaorang sempat singgah kedai cenderamata.. Biasalah kan pergi jek tempat macamni confirm kan ada kedai cenderamata, tapi kitorang just tengok jek... 
Jom layan::
 

 Banyakkan korang cenderamata kat sini.. Paling best kat Bird Park ada 1 tempat untuk buat private function so korang-korang yang berminat boleh la contact dyorang... Agak menarik hati dan kita sempat masuk ke sekejap sebab nak amik picture..(kena mintak izin dulu tau.. sanggup) huhuhu.. pening En.5zal melayan kerenah awek sengal dy nie.. maaf yer bb!!!huhuh..
"ok dah boleh balik sekarang" ayat last en.5zal... bukan main seronok nak balik..huhuu.. agaknya penat sangat berjalan dan layan kerenah kite.. maaf lagi sekali... sampai berpeluh-peluh... tetibe rasa bersalah ajak datang Bird Park ni.. huhuh

tengok sampai tertidor... kesian betulkan..Tapi time otw balik ada orang jual aiskrim kat taman, so kita singgah kejap sebab rasa bersalah dan nak pujuk balik en.5zal..huhuhuh... sorry and hope hepi sebelum balik eastern... entah bile agaknya dapat jumpa lagi.. adat la CJJ(Cinta Jarak Jauh) ni kan..huhuhu

p/s::: panjang lebar entry kite kali ni... mimpi agaknya... huhuhuhhu.. so pada sapa2 yang nak pergi especially yang ada anak2 elok sangat lah pergi yer.. 
_XOXO_

Tuesday, 3 January 2012

"COUNTDOWN 2012" Bersama Ustaz Azhar Idrus

31 Disember 2011
Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Alhamdulillah, pada 31 disember 2011 baru-baru ni kite berkesempatan ke Dataran Shah Alam untuk bersama-sama mengikuti aktiviti yang dijalankan.Acara ini dinamakan “Countdown 2012″ dan juga dalam masa yang sama mengadakan Kempen Anti Zina. Antara ahli-ahli jemputan utama pada majlis ini tidak lain tidak bukan adalah Ustaz Azhar Idrus termasuklah Ustaz Syed Nurhisham, Zizan Raja Lawak, Dakmie, Akhill Hay, Sham Kamikaze, Shahir AF dan Imam Muda Ashraff.


Seramai 80000++ orang dianggarkan yang berkunjung menghadiri kempen pada malam itu. Paling yang menarik kelihatan ramai sangat pemuda-pemudi yang berkunjung ke sini.Terdapat pelbagai aktiviti yang berlangsung pada malam itu, jom kita share kat korang yang tidak berkesempatan hadir (credit from google) :

solat maghrib da isyak berjemaah






 
Detik Countdown 2012 disambut dengan bacaan Doa dan Asma Ul Husna disusuli dengan takbir!

p/s: Sama-sama kita muhasabah diri dan semoga tahun 2012 menjadi titik tolak untuk kita terus maju dan hidup sentiasa diberkatiNya.. InsyaAllah.. 


The Mines : Jejak kasih

Assalamualaikum...

First time pijak kaki kat The Mines, Seri Kembangan.. huhuhuh...
jakun sungguhku rasakan diri ini!!!!Kelakar betul, sampai makan buah langsat dibuatnya mencari The Mines ni... tapi dengan semangat nak pergi jumpe teman-teman lama especially killa yang hampir 5 tahun tak jumpa sanggup ku harungi... huhuhuhu
 Great view at the mines.. A water canal inside a shopping mall. Quite cool.

sampai-sampai jek terus ajak killa and ida pergi makan.. huhuhu.. punya la laparkan...
"The Chicken Rice Shop"

sweetkan... :)


me + killa yang maintain cute miut + cikida comey

3dara pinggitan

comey nyer la gewe..

 me and killa..

cuby nyer ya allah.. secuby angry bird.. camna la nak kuruskan pipi ni??

sempat lagi snap sebelum balik


p/s: hope boleh jumpe korang lagi pas ni...