Wednesday, 23 November 2011

Ikan Sweet Sour

Assalamualaikum...

macam biasa tiap-tiap hari lepas balik kerja 5.30 aktiviti kite dengan housemate adalah main masak-masak untuk dinner... so recipe semalam sangat simple dish and quite common is most households....


_Resepi Ikan Sweet Sour_
2 ekor ikan (ikan ape2 pun boleh)
serbuk kunyit
1/2 bawang besar (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
1 biji cili merah (dimayang)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil gula
1/2 susu kecil garam
2 sudu minyak
1/2 cawan air
mixed vegetables 

Cara-cara:
1. Bersihkan ikan.Sapukan serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng.
2. Sementara menunggu ikan masak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau kejap dan masukkan air, masukkan garam dan gula... Tunggu kuah menjadi pekat masukkan mixed vegetables.. barulah masukkan ikan... 
Done!!!
-
-
simplekan korang.. so selamat mencuba...

No comments: