Wednesday, 11 April 2012

Petua Kulit Licin

Kulit Licin?????
ok entry kali ini, kite nak share macammana nak dapatkan kulit yang licin,gebu dan yang paling penting adalah cara nak hilangkan daki yang melekat dekat tubuh kita..
At list kita boleh berjimatkan... dan memang terbukti keberkesanan bila korang guna betul-betul.
Insyaallah..
*
*
*
Bahan utama nak buat scrub ni adalah beras, ok sebelum kita share dengan korang camne nak buat jom kite share serba sedikit pasal beras ni ok:::

Ada tiga jenis beras yang biasa kita guna untuk buat skrub badan.
Beras biasa > menanggalkan daki dan melicinkan kulit
Beras pulut > memutihkan kulit dan mengurangkan parut di badan.
-Beras pulut hitam > nutrisi pada kulit kita dan juga mengurangkan parut

Semuanya mempunyai khasiat masing-masing dan boleh dicampur sekali tiga. Kalau nak guna satu-satu pun boleh, effective jugak.Pendek kata, ketiga-ketiga beras ni mempunyai function yang hampir sama,
tapi setiap beras ada dia punya khasiat extra.

Scrub Beras

 Bahan-bahan yang kita guna:
Beras biasa
Pucuk Pegaga

1) Rendam beras semalaman untuk dapatkan beras yang lembut..
2) Tumbuk/blend beras dan pucuk pegaga sehingga halus.. 

Oh ye, lupa nak cakap.
Campurkan skrub beras dengan susu segar, belilah yang Goodday tu ke,
mix sesedap rasa tengok nak cair ke pekat ikutlah hati korang.
Lepas tu teruslah scrub bersungguh-sungguh,
stay kejap kat badan dalam 2 min ke 3 min ke,
lepas tu bilas.


Menarikkan!
Kite memang suka Spa ni, tapi kalau gi Spa scrub aje
dorang dah caj RM25-RM50 !
Padahal boleh je kita scrub sendiri kat rumah, free lagi!
Murah dan berkesan gitu!

Amalkan 2 kali seminggu pun dah cukup,
paling kurang sekali seminggu.

Rajinlah mencuba, memang memerlukan kerajinan!

1 comment:

ijA said...

terima kasih kasi petua..