Pernah dengar tentang Laluan Atas Tasik?
mesti korang jarang dengarkan.. jom baca my entry kali ni...
Alkisahnya hujung minggu lepas kami adik beradik berpakat balik ke kampung. So semua balik kecuali dua orang tak dapat balik sebab atas urusan pengajian.. Kami balik dari Kuala Lumpur pada hari khamis dan bertolak dari kampung pada hari ahad, tapi apa yang menarik hati untuk kite tulis entry kali ini pasal jalan shortcut yang kami lalu nak balik ke Kuala Lumpur...
So pada rakyat jelata terenggganu khususnya yang duduk area tasik kenyir ataupun Setiu kena tahu jalan ni sebab baoleh jimatkan Kos pembelanjaan dan masa... Macammana?????
Hah!! nilah yang ingin kita share kat korang ni...
Kami bertolak pada pukul 300 petang menggunakan jalan Laluan Atas tasik nilah..
Tasik kenyir ok!!
-
-
Tasik Kenyir yang merupakan sebuah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dengan 340 buah pulau. Pada tahun 2004, Kerajaan menyiapkan sebuah lebuhraya yang menghubungi Kuala Berang dengan Gua Musang. Bagi keselamatan pengguna, lebuhraya itu belum lagi diwartakan.
Perjalanan sejauh 128 km dari persimpangan Pengkalan Gawi, Terengganu ke Felda Aring, Kelantan menjanjikan pemandangan yang indah. Korang boleh melihat kebiruan air tasik sehingga kehijauan pelbagai spesis pokok tumbuhan yang terpapar disepanjang lebuhraya.
Perjalanan melalui lebuhraya ini hanya mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Gua Musang berbanding 5 jam melalui Besut cukup menjimat masa. Disepanjang lebuhraya ini, korang boleh melihat air terjun yang kecil, tempat memancing, burung yang berterbangan secara berkumpulan, Santuari Gajah dan sebagainya.
Kami sempat singgah ke Santuari Gajah, sangat menarik boleh bagi gajah makan dan bergambar dengan gajah berani dengan tak berani jek nak pegang...
Di sungai ini terdapat chalet terapung untuk anda bermalam dan menyedup udara yang sejuk dan nyaman. Sungai ini mempunyai pelbagai spesis ikan seperti kelah dan tioman.
Disepanjang lebuhraya ini, korang akan merentasi berbagai anak sungai yang mengalir ke tasik ini. Ada sungai besar dan ada sungai kecil yang kaya dengan flora dan fauna. Terdapat orkid liar yang pelbagai warna hidup dibatang pokok balak yang sudah mati.
Nikmatilah keindahan lebuhraya yang menerima jolokan Laluan Atas Tasik.
Nikmatilah keindahan lebuhraya yang menerima jolokan Laluan Atas Tasik.
p/s: Ingatan kita buat pengguna jalan raya yang ingin melalui jalan ini terutama lewat petang agar berhati-hati dan tidak memandu terlalu laju. Laluan ini juga masih tidak mempunyai liputan rangkaian telefon dan jalan ini juga masih termasuk dalam jalan yang belum diwartakan oleh pihak kerajaan.
No comments:
Post a Comment